RehaT SebenTar BersaMa

PemiNat YanG MemInaTi DiRiKu

Pages

JoM TengOk...

24 December 2010

TetiBa Je BeliaU tumbanG

TengaH Hari Tadi pegila la Semayang JumaaT.. mendengar Khutbah sedap jugak plak ni... topik yang menarik untuk didengar.. selepas tu, bersiapla untuk menunaikan solat berjemaah.. Ramai juga makmum yang menunaikan solat.. alhamdulillah masih ramai juga ummat nabi yang ingat untuk bersolat.. bagus.. esp Orang-orang ganu ( sebab semayang kat masjid di Terengganu).. Umat negeri lain pun sama jugak.. jangan korang kecik ati plak

Maka Bermula la solat jumaat dengan dimulai oleh imam bertugas dan diikuti oleh para makmum.. DiRiKu berada di barisan paling belakang.. maklumla barisan depan dah penuh.. Takpa la, janji dapat solat..


Tetiba sedang kusyuk mendengar imam mengaji, terdengar bunyi benda jatuh.. aiseh terganggu jap kekusyukan.. tapi semayang kena teruskan juga..

setelah selesai solat, Ku pandang kiri, rupanya ada sorang jemaah ni pengsan masa semayang tadi.. ish.. kesian dia pitam.. remaja lagi dah pitam.. tak tau la kenapa... niat di hati ingin membantu, tapi melihatkan keadaaan dia semakin ok, ditambah pula ada abang dia disisi, ok la.. boleh balik (lagipun tak paham sangat bahasa ganu neh.. kang dia speaking terpinga2 jadinya.. - jangan marah yek orang ganu.. sedang dalam proses memahami bahasa pantai timur)..


Anyway, harap beliau sudah sihat kembali dan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.. mungkin sedikit nasihat, makan dulu ke sebelum solat, tak pun banyak minum air ka.. maklumla cuaca sekarang ni tak menentu kan...

Ok semoga berjumpa lagi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...