Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca
MungKin ada yang Marah bila DiRiKu kuarkan Statement macam tu kan.. ye la.. siapa nak mengaku dia seorang pencuri, betul tak? tiadA sesiapa pun nak title tu.. tapi pada hakikatnya itulah sebenarnya kita.. Tak percaya? jom, DiRiKu nak kongsi Sedikit ilmu dan PengeTahuan kAt Korang..
Kita Selalu Bercerita tentang Sang pencuri, selalu keluar surat khabar orang ni kena tangkap, orang tu kena tahan dan sebagainya.. macam- macam kita bagi hukuman, ada yang kena penjara dan ada yang kena denda.. tak pun ade jugak yang kena saman.. Bila kita baca berita macam tu, mula lah kita pun nak kutuk sama, mancaci maki la kita kat si pencuri tu.. kan, betul tak?... Hakikatnya memangla dia salah.. dah namanya mencuri kan.. so kenala terima balasan yang setimpal.. dulu-dulu pun masa kita kecik-kecik dulu pun kalau kita curik buah mempelam orang pun kena hukum jugak.. kena sebat jugak ngan mak bapak..
Bila mereka ni dah disabitkan kesalahan mencuri, mulalah kita mencemuh beliau, tak nak kawan dengan beliau dan sebagainya.. ada pulak yang sampai tahap menyangkut pautkan dengan ahli keluarga yang lain.. orang lain yang mencuri, orang lain pulak yang kena tanggung..
Tapi Korang Semua seDar tak sebenarnya kita puN sama juga macam sipencuri tu.. cuma bezanya kita mencuri secara "BerhemaH".. mmm... Macam mana tu.. Jom Kita renung-renungkan situasi ini:
1. Masa Kita sekolah dulu, kita penah terambil pemadam kawan kan.. tak pun terambil pensel kawan kan.. tapi penah tak kita dituduh mencuri.. rasanya jarang sekali sebab bila kita sedar yang kita terambil kawan punya barang, samada kita pulangkan balik atau kita buat-buat tak tahu ja.. betul tak.. jadi kita Seorang pencuri kah...?
2. Bila kita ada anak yang bersekolah, tetiba anak kita mintak pen untuk diguna, lantas kita pun pegila ambil pen kat pejabat dengan anggapan pen pejabat banyak lagi ni, esok boleh ambil lain.. so Pencurikah kita?
3. Kita dibayar untuk bekerja selama 8 jam sehari.. tapi setiap jam kita ambil masa untuk hisap rokok selama 5 minit.. adakah kita dibayar untuk merokok? tak kan.. gaji dibayar untuk bekerja, bukan untuk merokok.. oleh itu kita dah mencuri duit syarikat semasa kira merokok.. so pencurikah kita?...
4. Bila bos bagi tugasan luar, kita dok SinggAh dulu minum kat kedai.. dengan alasan, takpa.. awal lagi ni.. so Bukan mencurikah namanya tu?...
Dan banyak lagi contoh-contoh yang korang sendiri tahu gamaknya.. takpa la.. ini hanya sebagai contoh dan renungan bersama.. manusia sering melakukan kesilapan kan.. Oleh itu... Selamat Berfikir...
Jumpa lagi... nak tido dah.. ngantuk plAk....
No comments:
Post a Comment