Adakah anda Pernah jadi Ketua? pernah jadi Bos? pernah jadi pemimpin?.. Kalau dipandang secara kasarnya, Ketua, Bos, Pemimpin dan seanggkatan dengannya adalah dibawah satu maksud yang sama.. iaitu menjadi orang yang paling tinggi kuasa dikalangan sesuatu kumpulan.. tak gitu.. tapi adakah dengan menjadi seorang ketua anda dianggap sebagai seorang yang hebat? seorang yang bagus? seorang yang DIHORMATI oleh orang lain?
Pengalaman mengajar DiRiKu semua itu.. Bagaimana rasanya berada di bawah dan berada di atas.. Syukur diberikan peluang sebegitu. Boleh merasa pelbagai pengalaman dan pengalaman itu menjadikan kita semakin matang (walaupun kekadang DiRiKu berperangai macam bebudak jugak) huhuhu...
Dulu DiRiKu pernah mempunyai seorang boss yang sangat bossy.. bermacam perkara yang tidak disukai.. tetapi hakikatnya dia seorang yang bagUs.. tidak dinafikan Beliau seorang yang pandai mencari peluang... beliau jugalah yang mengajaR DiRiKu selok Belok Dunia pekerjaan yang penuH dengan penipuan..(opps tak semua pun).. So Sekarang ni syukur, apa yang diajar samada secara terus ataupun curik-curik belajar dari beliau memang sangat bergUna pada masa inI.. TengkiU Boss...
Tapi sekarang.. mmm... pening Juga bila difikirkaN.. macam-macam yang telah berlaku... walaupun telah dianugerahkan pangkat untuk menjadi seorang ketua, namun kita masih lagi seorang pekerja bawahan kepada bos kita.. walaupun ada kuasa, tetapi masih ada lagi orang yang berkuasa dari kita (pesan ibu semasa mendapat jawatan sekarang).. masih ingat lagi ni.. itula sebab masih lagi bertahan.. masih lagi cuba menjadi yang terbaik untuk anak buah sendiri, masih lagi berusaha untuk memenuhi segala kehendak yang diwajibkan oleh bos kita..
Namun ada kalanya apa yang diharapkan tidak seperti yang disangka.. Ada kalanya menjadi seorang ketua yang mempunyai kuasa "autokratik" membuatkan seseorang insan yang lemah disisi tuhan juga lupa diri, lupa dari mana asal kita, lupa apa yang sebenarnya patut kita laksanakan, lupa yang sebenarnya diatas kita ada lagi insan yang lebih berkuasa, lupa ada insan yang berada dibawah kita yang perlu DIHORMATI walaupun serendah-rendah pangkat mereka..
Yup.. my point is.. HORMAT.. diulang HORMAT.. dengan kata lain RESPECT (bahasa inggeris saja pun).. Perlukah menjadi seorang ketua, menggunakan kuasa Autokratik yang ada untuk tidak menghormati orang lain? Perlukah menjadi seorang ketua yang mempunyai kuasa pemutus untuk memandang sinis kepada orang lain? Perlukah seorang ketua yang mempunyai banyak pengetahuan luas serta berpengalaman MENGHINA orang lain tanpa rasa bersalah?.. hanya pembaca saja yang tahu jawapannya..
Namun begitu, pandangan DiRiKu, untuk mendapat penghormatan dari orang lain, belajarlah dulu cara menghormati orang lain.. tak kisahla serendah mana pun taraf mereka, seburuk manapun mereka, sehina mana pun mereka, pasti anda akan dihormati nanti, jangan hanya hormat pada orang yang berada diatas hanya kerana perlu menghormati mereka kerana taraf mereka sehinggakan orang bawahan disekeliling yang banyak membantu dilupai dan pinggirkan.. Sesekali ringan-ringankan tulang menolong mereka ataupun setidak-tidaknya sesekali belanjalah makan (bukan niat rasuah tetapi sekadar menghargai sumbangan mereka).. jangan asyik hanya mencari salah orang lain sehinggakan salah sendiri pun dilupai...
Entahla...
No comments:
Post a Comment