RehaT SebenTar BersaMa

PemiNat YanG MemInaTi DiRiKu

Pages

JoM TengOk...

31 October 2015



Lama betul tak tulis blog... Dekat setahun dah.. Nampak sangat sibuknya.. Sibuk mencari rezeki.. Nak bagi kembungkan beg duit ni...

Mmm.. Apa nak cerita ya... Cerita pasal rezeki... Mmm.. Bolehla.. Rezeki kan ada di mana mana... Yang penting usaha.. Kadang-kadang tengok kawan- kawan yang berjaya memang rasa jeles.. Bila la nak sampai tahap macam tu..

Minat meniaga ni memang ada.. Cuma tak taula bila nak start.. Sat lagi kalau buat perkongsian, jenuh pulak nak settle bila dah tak sependapat.. Karang ada pulak yang tak nak bertegur sapa..

Sebut pasal bertegur sapa ni, lately ni adala beberapa rakan yang dah tak sudi menegur sapa.. Mungkin ada alasannya yang sendiri.. Hak masing masing.. Mungkin juga kita silap, mungkin juga dia yang silap.. Ye la.. Dalam berkawan ni ada kalanya orang tak boleh terima apa yang kita buat, tetapi kita boleh terima apa orang lain buat.. Ini semua atas diri masing-masing..

So jalan terbaik adalah undur diri dan muhasabah diri.. Daripada masing-masing nak menegakkan benang yang basah.. Pasti tiada kesudahan..

Berbalik pada kisah mencari rezeki tadi.. Harap-harapnya tahun 2016 dapatla merangka atau merealisasikan sesuatu.. Untuk masa depan juga.. Untuk anak anak juga.. Kesian depa.. Hidup makin mencabar, so kenala buat sedikit persediaan supaya anak bila dah besar nanti takla berausah payah macam ayahnya dulu..

Ok la.. Tak tau nak coret apa lagi.. Cukup sampai sini je la dulu.. Saya minta maaf jika ada salah dan silap dalam penulisan saya kali ni.. Saya juga maafkan semua yang mengenali saya .. Itu lebih baik daripada berdendam kan...

Ok babai semua... Tido dulu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...