RehaT SebenTar BersaMa

PemiNat YanG MemInaTi DiRiKu

Pages

JoM TengOk...

11 February 2013

Kisah Suami Yang Curang..

 

Sepasang Suami isteri baru melangsungkan perkahwinan.
Si Suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas

untuk dirinya sahaja. Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan

terus sahaja bersetuju.

 
Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci
persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3
biji bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00.


Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan. Setelah
dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya.
Dia menjelaskan, "setiap kali abang buat curang di luar, abang akan
simpan sebiji bola golf di dalam laci". Si isteri berfikir, "30 tahun
kahwin baru ada 3 biji bola?.. Hmm taklah jahat sangat". Habis tu apa
kena mengena dengan duit RM 2000.00 tu?
 
"Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual!".

~~ LoL ~~ 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...