RehaT SebenTar BersaMa

PemiNat YanG MemInaTi DiRiKu

Pages

JoM TengOk...

15 February 2013

Info : Kisah Seoarang Suami

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat…

Sempena hari Jumaat yang indah ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang iaitu 14 sikap suami yang tidak digemari oleh isteri.

Saya percaya jika anda bertanya kepada mana-mana isteri pun, tidak kiralah sama ada dia wanita berkerjaya atau pun sekadar suri rumahtangga sepenuh masa, dia tetap inginkan suami yang bebas daripada berperangai 'hampeh' seperti di bawah.

Jom kita lihat 14 sikap suami yang pastinya tidak digemari oleh isteri (kot-kot terkenala kat batang hidung sendiri).

1. Suami yang malas bekerja.
2. Suami yang suka mengambil kesempatan.
3. Suami yang masih suka berlagak seperti orang bujang walau anak sudah berdozen.
4. Suami yang kuat berpura-pura baik bila berada di depan isteri.
5. Suami yang panas baran dan kaki pukul.
6. Suami yang suka bermuka-muka dan berbohong.
7. Suami yang malas mengerjakan suruhan agama.
8. Suami yang tidak menghormati isteri dan ahli keluarganya.
9. Suami yang suka mengambil wang isteri sedang duit sendiri disembunyikan.
10. Suami yang tiada cita-cita dan inisiatif untuk berjaya.
11. Suami yang tidak mengenang budi.
12. Suami yang suka minum arak, berjudi dan kaki perempuan.
13. Suami yang mementingkan diri sendiri.
14. Suami yang suka mengabaikan rumahtangga dan lebih mementingkan hobi dan rakan-rakan berbanding keluarga.

Jadi kepada semua kaum adam di luar sana yang bernama suami, cepat-cepatlah bermuhasabah diri masing-masing ye... Harapnya supaya dijauhkan daripada sifat-sifat sedemikian.


~~ LoL ~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...