RehaT SebenTar BersaMa

PemiNat YanG MemInaTi DiRiKu

Pages

JoM TengOk...

01 August 2011

JiWa KaCaU..

Salam semua.. berjumpa lagi kita ye.. dah lama tak mencoret ape-ape kat blog ni.. rasanya lebih dari 2 bulan kot.. mm.. nak buat macam mana, tugasan, aktiviti, masalah dan sebagainya membataskan penilisan di blog yang dikatakan cantik oleh Puan Wati dengan Cik Azie ni ha.. (terima kasih kata blog aku CANTIK)..

Kali ni nak syerla ngan korang semua tentang 'RIBUT' yang melanda pejabat ku ni ha.. RIBUT ni menyebabkan ramai orang menjadi jiwa kacau termasukla aku ni ha.. kesian pulak kalau difikir-fikirkan.. Tapi tu bukan kehendak kami semua.. Yang merancang adalah mereka.. yang menerima adalah kami semua..

Ramai rakan-rakan ku akan di berikan laluan (ayat manis) untuk bertugas dikawasan lain.. samada dengan kehendak, ataupun tidak.. bak kata pepatah "take it or leave it".. jadinya nak buat macam mana, kalau setuju terima, kalau tak setujupun kena terima jugak.. melainkan kalau ade tempat baru untuk bergantung hidup..

Yang paling "waaaaaa" pun ade.. "huk.. Huk.." dalam senyap pun ade.. tapi yang "hoorrayyy" hanyalah sedikit.. pelbagai reaksi yang dapat ditonton ketika berita diterima.. kebanyakkannnya semua megalami sindrom jiwa kacau ni.. sampai ade yang nak beralih angin pun ade dan yang dah hantar utusan secara formal untuk beralih angin pun dah ade..

Jadinya adakah RIBUT yang berlaku sekarang ni merupakan satu keputusan yang sesuai kepada si pengharung RIBUT tersebut? jawapannya ada pada mereka semua.. pelbagai pendapat boleh diterimapakai.. Namun mana satu yang sesuai, terpulanglah pada semua.. Si pencipta RIBUT juga tidak harus dipersalahkan sepenuhnya memandangkan mereka juga tidak tahu hasil ciptaan mereka akan menjadi angin sepoi-sepi bahasa ataupun RIBUT yang sudah melanda..

Kepada kawan-kawan ku yang sedang mengharungi RIBUT ini, marilah kita sama-sama menghadapinya denga tenang.. mungkin ada hikmah yang tersembunyi di Bulan Ramadhan yang mulia ini..

Ok.. maaf jika tersalah bahasa, tersalah tulis, tersalah perbuatan kepada yang mengenali saya ini... bukan niat untuk menimbulkan kemarahan, tapi cuma memberikan pandangan secara peribadi di dalam blog yang  Puan Wati dengan Cik Azie kata cantik ini..

ok.. selamat berjumpa lagi...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...