RehaT SebenTar BersaMa

PemiNat YanG MemInaTi DiRiKu

Pages

JoM TengOk...

07 August 2014

RENUNGAN BERSAMA.....




Sharing is Caring..... 

Tugasan pagi tadi saya interview seorang Datin. Di tengah perbualan, Datuk menyertai kami. Tanpa sedar air mata saya menakung, turun sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin lebat. Mengapa? 

Kata-kata "HIDUPLAH UNTUK HARI INI" sangat menusuk jauh ke dalam hati saya. Apa yg diperkatakan jelas terkena pada batang hidung saya (yang x berbatang pun sebenarnya). Nasihat Datuk tersebut yg saya perlu kongsikan dgn kekawan sekalian :

-Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan ipad

- Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri & anak2. Ini dapat mghalang perkara yg tak sewajarnya.

- Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tsebut.

- Jangan terlalu sibuk/ gila mencari wang kerana mahukn khidupan yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan Allah. Berusaha tapi bukan hingga mengabaikan yang sepatutnya.

- Sentiasa peluk cium anak2, pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka.

- Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula2 mungkin rasa macam rimas, isteri queen control dll...Pedulikan jika kawan mnyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang. Walaupun meeting, at least ckp 'saya meeting'. Jangan biarkan panggilan tak berjawab. Sekali lagi... mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.

- Sentiasa update lokasi anda berada kepada pasangan.

- Ketahui pakaian yang dipakai pasangan / anak2 sebelum keluar. Ramai yg tak mengambil berat perkara ini. Malang tak berbau kan?

- Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami tetap perlu mnjadi ketua keluarga yg btanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri juga menyumbang kepada ekonomi keluarga, secara tak langsung (tanpa sedar sbenarnya) isteri itu menuntut hak sama rata...hak dalam membuat keputusan. Jadi, lebih baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kepada suami kerana sedar bahawa suami telah melakukan sehabis baik demi keluarga.

 *JANGAN INGAT KITA MASIH ADA ESOK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...