RehaT SebenTar BersaMa

PemiNat YanG MemInaTi DiRiKu

Pages

JoM TengOk...

13 June 2010

Bola... Bola.... Bola...

As Salam kepada semua pembaca dan Blogger-blogger sekalian.

Kali ni DiRiKu nak bercerita pulak tentang bolasepak. Terutama sekali bolasepak di Malaysia. DiRiKu terpanggil untuk mengeluarkan pendapat ini kerana DiRiKu juga adalah peminat bolasepak Malaysia dan pada masa yang sama kita sedang mengharungi musim bolasepak piala dunia.. tetapi dimanakah bolasepak Malaysia? Persoalan inilah yang akan DiRiKu cuba kupaskan dan direnungi bersama

DiRiKu  tak nak la cerita pasal pemain bola. Bagi DiRiKu pemain bole kat Malaysia ni lebih kurang saja prestasinya.. Takde yang terlalu tinggi dan takde yang terlalu rendah

Tatapi macam mana kita nak tingkatkan prestasi kalau asyik orang yang sama saja yang main bola setiap musim?. bayangkan pemain A bermain untuk pasukan A pada musin ini, musin depan pemain A bermain dengan pasukan B pulak. jadi apa bezanya? Bagi DiRiKu sama saja. Kemana sahaja beliau pergi, beliau tetap orang yang sama. Mereka tetap kan bertemu sesama sendiri. Apa yang DiRiKu maksudkan adalah, kenapa tidak ditonjolkan pemain-pemain baru setiap musim? bayangkan kalau ada 3 orang pemain baru setiap musim, sudah ada lebih daripada 30 orang pemain baru dengan skill yang baru. Inilah baru dapat membantu meningkatkan prestasi pemain itu sendiri sebab setiap musim akan ade pemain baru yang harus dia berdepan pada setiap perlawanan. kita lihat contoh liga di luar negara, setiap musim pasti akan ada pemain-pemain baru samada dari luar atau domestik yang bermain. Saingan sangat kompetetif, oleh yang demikian secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi mereka sendiri.

Jadi macam mana untuk menonjolkan pemain-pemain baru ini?. Antara cadangan DiRiKu adalah seperti mmberi peluang kepada pemain-pemain dari mana-mana akademi untuk bermain dengan pasukan utama. Beri peluang kepada mereka seawal umur mereka 16 atau 17 tahun. Selain itu, beri status import hanya kepada pemain yang luar dari Asia @ Asia tenggara. Untuk pemain yang dari Asia, mereka tidak dianggap seperti pemain import sepertimana yang dilakukan di liga eropah. Oleh itu kebarangkalian pemain-pemain baru dan berkualiti yang akan masuk adalah sangat tinggi sekaligus dapat memantapkan serta meningkatkan mutu pasukan bolasepak itu sendiri. Untuk pemain Malaysia, mereka haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan pemain lain supaya mereka dapat kekal dalam pasukan. Dengan itu, membentuk pasukan Malaysia akan jadi lebih mudah kerana hanya pemain berkualiti sahaja yang bermain dalam liga.

Kepada Pasukan-pasukan yang bertanding, jadikan pasukan tersebut sebagai sebuah perniagaan. Ini supaya mengelakkan pasukan untuk bergantungharap kepada bantuan negeri masing-masing apabila masalah timbul. Apabila menjadi satu entiti perniagaan, maka urusan jual beli pemain boleh dijalankan dengan lebih profesional, urusan jualan tiket, cenderamata, jersi  dan mungkin juga sponsor-sponsor dari luar juga akan bertambah. Rasanya ramai hartawan-hartawan ataupun jutawan-jutawan di Malaysia ini berminat untuk membeli pasukan-pasukan bolasepak ini untuk dijadikan hak mereka.

Kalau kita boleh menjalankan 'eksperimen' dengan mengubah bilangan pasukan, mengharamkan pemain import dan sebagainya, maka apa salahnya kita jalankan jugak 'eksperimen' ini. Mari kita lihat, sejauh manakah hebatnya liga kita ini untuk menarik seberapa ramai pemain luar terutama sekali dari Asia @ Asia Tenggara untuk datang bermain di Malaysia seterusnya menjadikan liga Malaysia ini liga yang terhebat di rantau Asia Tenggara. Kalau dulu semasa ada 2 @ 3 pemain import saja sudah boleh menarik berpuluh ribu orang datang ke stadium, cuba bayangkan kalau setiap pasukan ada 6 @ 7 orang pemain luar Malaysia yang bermain di Malaysia?

So Terpulangla kepada pembaca semua untuk menilai pendapat DiRiKu ini. Ini pun hanyalah pendapat dan cadangan sahaja. Marilah kita sama-sama menyokong pasukan bolasepak di Malaysia ini. Selamat berjumpa lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...